Tuesday, August 2, 2011

                                   TAYAR KEHIDUPAN


Sewaktu ak tulis entry ny semua umat islam seluruh dunia sedang berpuasa, 2 RAMADHAN 1432 HIJRAH bersamaan 02 OGOS 2011 dan jatuh pada hari SELASA, bulan Ramadhan bulan yang sangat di nantikan oleh umat Islam untuk terus mencari keredhaan Allah, dengan memperbanyakkan ibadah agar hidup sentiasa di redhai dunia dan akhirat.

 Bulan ini juga adalah bulan yang membezakan umat Islam bersama dengan umat lain kerana Allah telah menjanjikan seribu kebaikan pada bulan tersebut, Namun, apa yang ak ingin saya tulis pada kali ini adalah bukan berkenaan bulan RAMADHAN kerana saya tahu saya bukan orang yang arif dalam membahaskan soal kebaikan bulan-bulan yang di tetap kan dalam Islam, tapi apa yang saya ingin beri sedikit pendapat adalah berkenan “ PENGHORMATAN “.

 Hormat bagi saya adalah gambaran awal tentang seseorang apabila berkomunikasi, semakin baik cara seseorang menghormati orang sekeliling semakin tinggi martabat seseorang. Oleh itu, belajar menghormati orang lain sebelum kita ingin di hormati oleh orang lain.

  Di sini saya ingin mengajak saudara bahawa sebagai seorang Islam sepatutnya menunjukkan sikap yang baik agar orang bukan Islam sentiasa menghormati umat Islam yang lain, di sini saya ingin memberi contoh pada bulan Ramadhan apabila terdapat segelintir umat Islam yang tidak berpuasa dengan sengaja makan dan minum bersama dengan orang yang tidak berpuasa,

  Semua orang tahu bahawa setiap umat Islam wajib berpuasa namun masih terdapat segelintir umat Islam tidak berpuasa, walaupun mungkin dia mempunyai alasan tertentu seperti sakit atau bekerja berat namun sekiranya dia menghormati kemuliaan bulan Ramadhan seharusnya dia tidak makan dan minum di hadapan orang ramai serta di hadapan umat bukan Islam.



 Tidak kah dia berasa malu dan segan akan tanggapan orang lain dan paling utama tidak kah dia malu bila berhadapan dengan Allah pada akhirat kelak, kerana semua orang bukan Islam mengetahui bahawa setiap orang Islam pada bulan puasa harus berpuasa dan konsep berpuasa adalah menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari, namun mengapa masih ada umat Islam tidak berpuasa jadi mereka keliru dengan agama Islam. Jika umat Islam sendiri  tidak menghormati bulan mulia bagaimana orang bukan Islam mau menghormatinya.

Hari nie juga ak di soal oleh seorang hamba Allah  “ kenapa anda bertudung, tidak panas kah dengan cuaca terik berselimut bagaikan duduk di UK saja”.  Saya sebagai hamba Allah hanya mampu menjawab sesuai dengan pengetahuan agama saya yang begitu cetek “ saya wajib menutup aurat wahai sahabat kerana wajib bagi seorang Islam untuk menutup aurat kerana aurat ku sebahagian dari dosa sekiranya saya tidak menutupnya, dan saya lebih takut akan panas teriknya api neraka dari panas sementara dunia”  dan dia menyoal semula “ kenapa masih ada yang tidak menutupnya”,  ak menjawab semula “Allah mewajibkan umatnya menutup aurat, dan bagi sesiapa yang melanggar hukum Allah maka dia akan menerima pembalasan pada akhirat kelak dan saya tidak ingin bersama mereka dan Allah telah memberitahu kepada mereka dan saya rasa mereka juga mengetahuinya maka bergantung kepada mereka untuk mengikut ataupun tidak kerana Allah itu maha Adil kepada setiap umatnya” dan saya mengakhiri jawapan saya dengan menyuruh hamba Allah ini untuk bertanya lebih lanjut kepada orang yang lebih arif.

Dan pada hari kedua pula saya menghadiri satu program bersama seorang hamba Allah,dan kebetulan penceramah yang di jemput tidak memakai tudung, dan di satu slot beliau bercerita tentang betapa dy bangga dengan memeluk agama Islam, lalu hamba Allah ini bertanya kepada saya “ dy bijak tapi mengapa dy tidak menutup auratnya seperti kamu”, lalu ak hanya mampu tersenyum dan menjawab       “ mungkin dy belum mendapat hidayah, doa kan dy semoga dy mendapat hidayah” namun dalam hati saya orang di hadapan kami semua ini mungkin saja dy tergolong dari golongan Istidraj, namun saya juga tidak pasti dan saya hanya mampu terdiam dan senyum.


 Di sini juga kelemahan saya apabila saya sebagai umat Islam gagal memberi penerangan yang lebih jelas tentang persoalan yang sering mengelirukan tentang agama Islam, saya tidak mampu untuk menjawab kerana saya sendiri bukan dari golongan yang bijak pandai tentang agama Islam, namun asas kepada insyaallah saya masih di tahap yang memuaskan, saya boleh berbahasa Mandarin dalam 30% namun saya tidak mampu untuk mempelajari bahasa Akhirat iaitu Bahasa Arab dan hanya mampu menyebut beberapa perkataan seperti budak tadika, saya ingin belajar namun di mana harus saya mencari,saya telah mencari kelas Bahasa Arab namun apa yang di maklumkan kelas tidak dibuka kerana tidak mendapat sambutan. Namun,saya redha hanya Allah yang tahu betapa saya ingin mempelajari. Walaupun kakak saya mahir berbahasa Arab, abang Ipar saya juga pandai, namun saya  yang tidak mahu belajar kerana mereka agak sibuk.

 Tuntutan untuk mencari kebahagian dunia lebih mendapat sambutan berbanding mencari kebahagian dunia, manusia lebih rela melanggar hukum Allah untuk memenuhi keinginan berbanding takut kan azab Allah kelak, manusia lebih berfikiran liberal berbanding berfikiran rasional pada masa kini, yang menjadi matlamat adalah hasil yang boleh di bangga kan untuk menunjukkan kekuasaan. Bagi saya budaya Timur yang digunakan oleh masyarakat kita harus dikekalkan tidak kira apa pun halangan pasti kita mampu untuk selesaikan, namun pada masa kini ukuran menggunakan budaya barat sentiasa menjadi pilihan, oleh itu berlaku kekeliruan, kita boleh menerima budaya barat tapi harus di padan kan dengan budaya kita agar kita tidak tersasar dari landasan yang sebenar. Berpegang lah dengan nilai-nilai ketimuran yang tinggi dalam apa jua yang ingin dilakukan pasti kejayaan pada akhirnya.

Baru-baru ini kemasukan pelajar baru ke IPTA telah di umumkan dan nisbah pelajar perempuan masih tinggi berbanding lelaki, bagi saya implikasi baik dan buruk dapat dilihat pada jangka masa panjang. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap kejadian di muka bumi pasti saling melengkapi antara satu sama lain, seperti lelaki dan perempuan, kiri dan kanan, belakang dan depan dan sebagainya sudah di tetap kan oleh Allah. Seperti kita ketahui bahawa kaum hawa adalah dijadikan dari tulang rusuk Adam, dan mempunyai tanggung jawab yang berbeza namun mempunyai martabat yang sama di sisi Allah.

 Lambakan Hawa di IPTA bagi saya akan memberi kesan kepada struktur kekeluargaan apabila kebanyakan kaum Hawa sudah keluar dari skop sebenar tugas mereka iaitu menjaga keluarga kerana cermin seorang anak adalah kepada ibu nya, cantik ilmu ibunya cantik juga lah ilmu anaknya, maka tugas menjaga anak-anak akan jatuh kepada pembantu rumah atau pun pusat jagaan kanak-kanak yang tidak di ketahui apakah yang di ajar kepada mereka ketika berada di sana. Hal ini di dorong kerana kaum Hawa sibuk di luar rumah kerana mereka berpendidikan, dan tidak ingin mensia-siakan ilmu yang di perolehinya. Didikan anak-anak yang baik haruslah bermula dari keluarga sang Hawa kerana mereka lebih dekat dengan ibu mereka.

 Kekeliruan tanggung jawab juga akan berlaku apabila seorang lelaki mempunyai pendapatan yang lebih rendah berbanding perempuan dan secara tidak langsung segala beban kewangan di tanggung oleh perempuan,di mana sepatutnya suami wajib memberi nafkah kepada isteri, walau apa cara sekali pun tanggung jawab harus di laksanakan.

Banyak pemimpin akan lahir dalam kalangan wanita, seperti terbaru Yingluck Sinawatra perdana menteri Thailand yang baru di lantik yang akan menerajui kepimpinan Thailand. Hal ini amat menunjukkan kebanggaan kepada wanita apabila wanita mampu berdiri setanding dengan lelaki untuk menerajui negara yang besar. Namun, dalam Islam telah di tetap kan bahawa seboleh-bolehnya pemimpin itu harus lelaki kerana beberapa faktor antaranya lelaki lebih rasional dalam membuat keputusan dan tidak di halang oleh mana-mana faktor seperti wanita yang mengalami gangguan emosi yang tidak stabil semasa kedatangan haid dan cenderung untuk membuat keputusan yang mengikut emosi dalam sesuatu hal, dan wanita lebih cenderung kepada mempunyai kasih sayang yang tinggi dan kesopanan yang sangat tertib, oleh hal itu wanita lebih sesuai untuk mengajar anak-anak kerana mereka mempunyai rasa kasih sayang yang tinggi berbanding lelaki.




 Namun dalam hal kehidupan, manusia hendaklah sentiasa berfikiran rasional dan sentiasa sedar akan tanggung jawab dan sentiasa mengkaji kelemahan dan kekurangan sesuatu benda dan akhirnya menyerahkan kembali kepada Allah. Sekiranya kita tidak berpuasa atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan elok lah sekiranya makan dan minum pada tempat yang tidak di lihat oleh orang ramai kerana anda adalah cermin umat Islam kerana anda adalah khalifah yang di kirim oleh Allah untuk melaksana kan suruhannya dan janganlah rosakkan kemuliaan itu hanya dengan kelakuan yang dapat di elakkan dan takut lah pada azab Allah.

Anda tidak bertudung jangan lah anda melakukan sesuatu yang mensia-siakan diri sendiri kerana anda adalah umat yang bertuah kerana Allah telah memberi garis panduan untuk melarang orang lain melihat sesuatu yang bukan hak mereka, dan jangan sombong akan keindahan di wajah anda yang di berikan oleh Allah, sesungguhnya nikmat Allah adalah untuk di syukuri.

Tidak kira wanita dan lelaki yang mempunyai pelajaran tinggi yang penting setiap manusia harus sentiasa mencari ilmu dan gunakan ilmu tersebut kerah kebaikan kerana ilmu yang bermanfaat sahaja akan memberi kebahagian pada akhirat kelak, tidak perlu timbul isu kekeliruan tanggung jawab sekiranya masing-masing sentiasa mempersiapkan diri dengan agama yang cukup serta mampu berfikiran matang dan sentiasa berfikir akan dosa yang bakal di terima sekiranya melanggar hukum Allah .

P/s; Idea di atas tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan sebarang kesalahan di harap kan teguran yang amat membina, kerana saya ingin sentiasa menjadi manusia yang mahu memperbaiki kelemahan diri.  ;-)




Tuesday, May 17, 2011

                                     COOkIE cRISP ;-)

Dua tiga hari nie ak selalu kena Tanya “ ko tak de pakwe ke???”
Ak akan jawab “ ko rasa” ( sambil terseyum)
“ owg cantik mcm ko tak kan tak de pakwe” mustahil la….
“ haha… cantik pe nya.. besa-besa je mana da “ ak single la.. mana da owg nak kat ak ny “

Kata-kata kat atas ny da selalu ak dengar dan jawapan yang sama la ak akan bagi semua owg yang tanya ak soalan tu. Sekarang ak nak cuba jelas kan lagi panjang lebar..
Klu ckap pasal pakwe atau kawen ak mesti terpikir satu benda je, “semoga hamba yang lemah ini bertemu dengan jodoh yang baik dan berkekalan”  seandainya jauh dekat kan kepada ku seandai susah kau senangkan  YA ALLAH”


Ak tahu kelemahan ak dalam bercinta ak gagal dalam menyanyi pasangan ak sebab :  
     
              Ak takut dengan cerita-cerita tentang cinta yang terpaksa putus di tengah jalan.
-         Selepas kau bercinta bagai nak runtuh  langit dan bumi.. nak terpiah lautan.. dan akhirnya hanya kedukaan yang di perolehi, ak takut hal sedemkian 
Ak takut ak bertemu dengan owg yang tidak sepatutnya ak ketemui.
-         Manusia yang hanya mementingkan rupa paras dan kesempurnaan yang ingin diagung-agungkan ak benci itu semua, manusia sekarang mmg cenderung dengan hanya kecantikan tanapa memandang sesuatu yang dari sudut lainnya.
3.                            Berpura-pura mencintai
-         Mulut berkata “ ak cinta “ tapi tiada sedikit pun keikhlasan dalam diri semuanya memandang kebendaan, semata-mata
           Aku ingat kan seorang suami bukan pakwe
-         Cukup la ak menunggu beribu batu asal ak mampu mendapatkan yang terbaik dari seseorang yang ak amat cintai

Ak bukan memilih ak bukan juga inginkan yang tebaik tapi ak hanya inginkan kau memahami ku sebagai seorang yng banyak kelemahan..

Mengapakah tidak pernah fahami hati seorang perempuan yang lemah, yang pastinya inginkan kebaikan dalam setiap pertemuan agar di akhirnya bahagia.
Klu seorang adam memahami hati hawa, pasti tidak akan berlaku sesuatu yang menyakitkan hati, mungkin ada salahnya adam dan hawa juga,, namun sebagai seorang yang memahami dan mencintai janganlah kau menyakitinya.


Saturday, April 30, 2011

 " mAAF kU pintA "

Kenkawan soli banyak-banyak untuk malam ny ak tak tau kenapa mood ak tak tentu arah....
    banyak dosa, YaAllah Ampuni Aku... sesungguhnya hambamu hanya manusia yang lemah...
Ak rasa macm nak marah dan menjerit tapi suara ak tak terkeluar ada je yang buat ak nak marah, malam ny ak betol-betol tak boleh kawal perasaan, tak macam selalu ak boleh kawal walaupun sangat slow..
    Soli ak tak de niat nak buat mcm tu, ak rasa sangat bersalah... tak tentu arah rasanya.. soli to epah, lina gan adam, ak tak tahu kenapa perasaan ak mcm ny,, nak marah terus marah dan terus marah....
 Susahnya nak cari ketenangan, ak asyik pikir benda yang tak kan ak dapat kot tu yang dok rasa mcm ny, nak memberontak je rasanya,,,,, GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO ,,,,,,,,,,,,

Friday, April 29, 2011

          AnDaI kAU TAHU ^____^
Aku sayang ko mcm ak sayang mak dengan ayah ak da tak sayang sapa lagi kecuali korang selepas ak saynag ALLAH.
Ak Nampak kau kecik lari-lari pakai lampin keluar masuk rumah sambil minum susu tapi ak tak pena peduli ko, sebab time tu kau sangat degil hari-hari keluar padang.
Ak Nampak ko terseksa masa first nak masuk sekolah rendah, kau menangis, kau meraung ak tengok je kau masa tu, sikit pun ak tak peduli. Sebab ak tak mau kau manja dengan ak
Aku Nampak kau terseksa bila mak dengan ayah suruh kau belajar jadi macam ak, ak pulak tak pernah nak ajar kau sebab ak tau ak akan marah kau pastu ak tak sanggup nak  marah sebab ak sangat sayang kau, tapi pada masa yang sama ak nak kau berjaya.
Aku Nampak kau sedih bila mak tinggalkan kita, mak dengan ayah cari rezeki untuk kita, ak sedih tengaok kau bila tidor, kita tak pernah bahagia mcm orang lain tapi kita tetap gembira.
Aka tahu kau marah dengan ak sebab ak selalu marah kau call mak mengadu mca-mcm pasal kau, kau tak belajar, kau tak mau g sekolah, kau tak mau makan ak masak sebab asyik benda yang sama je. Kau akan marah bila ak bagi kau duit sekolah tak cukup kau kata ak mcm-mcm tapi ak tak pernah bagi.
Ak tahu kau marah bila ak mengadu kat mak dengan ayah yang kau malas belajar gan kau selalu ponteng kelas, tapi ak tak peduli sebab ak nak tengok kau berjaya, sebab paling penting ak sayang kau, ak nak kita tunjuk kat semua orang yang kita anak-anak yang berjaya.
Ak tahu kau sebenarnya nak belajar tapi kau tertekan dengan silibus, ak tahu kau pandai math, kau selalu kalahkan ak tapi kau tak pernah sedar sebab kau selalu piki yang kau tak tau  sebab subjek tu dalam BI, hakikatnya kau bijak.
Ak tahu kau da berjinak-jinak dengan rokok, sebab ak Nampak kau merokok tapi ak buat-buat tak tau je, ak nak bagi tahu mak dengan ayah tapi masa tu ak takut kau kena pukul dengan ayah, nanti kau sakit ak mesti sedih dengan kau kena pukul, sebab ak sayang kau.
Ak tahu kau tipu ayah yang kau nak berhenti sekolah  sebab kau malas, ak tahu kau rajin Cuma kau takut gan kawan-kawan kau, sabar la semua tu mesti ada dugaan, kawan-kawan kau semua kutuk kau kan sebab background family kita, kalu la ak boleh tolong mesti ak tolong tapi ak tak mampu.
Ak tahu alasan kau nak keje kat luar sebab gaji lagi tinggi, semua tu tipu sebenarnya kau nak keje kat luar sebab kau tak mau mak dengan ayah malu kan, ak tahu semua tu,sebab tu ak diam je dalam hal ini, tapi percayalah mak dengan ayah sayang sangat dekat kau.
Ak tahu kenapa kau nak kerja gan ayah, sebab time tu da hbs SPM kan, ak tahu la semua tu, ak faham apa yang kau rasa, sebab kau tak mahu owing Tanya umur kau bapa ?? da hbs SPM ke?.,..so semua soalan tu owg da tak kan Tanya kat ayah.
Ak tahu kenapa kau berjinak-jinak gan pompuan ada GF konon, ak paling tak suka bab n yak menci owg ambik adik ak , ak tak suka,,, tapi ak diam je sebab ak tahu tak de sapa pun yang faham pasaan kau, so why not ak yang fham pasan kau, walaupun ak tahu kau sangt muda dalam bercinta ny..
Ak tahu kenapa dapat moto dari ayah, kau nak bebas dari emak, kau nak jadi mcm budak-budak lain, dan satu lagi ak tahu kau sangat perlukannya, so ak tak pernah bantah mak nak beli moto kat kau, walaupun ak boleh kalu nak bantah.
ADIK , semua benda ak tahu pasal kau sebab ak sangat sayang kau, kita besar bersama kita makan sekali, ak pernah mandikan kau, kau pernah makan air tangan ak, ak tahu kau, kau adik ak yang paling ak sayang, ak tak de owg lain da klu mak gan ayah tak de, ak just ada kau je, klu satu hari kau dah tak sayang ak, ak mmg tak boleh terima.

ADIK,
Ak sedih baca msg kau, “ klu kita ada kereta le la ak g ambik kau kan   “ huuhuuuu…. Masalah sekarang kita tak de kereta dik, kita Cuma ada moto je dan ak tak kan sanggup nak suruh kau ambik ak kat sini,  jauh, dan tak de sapa nak jaga mak dengan ayah.  Sabar lah dik nanti klu ak da keje ak beli kat kau kereta, doa kan lah ak dapat keje cepat lepas ak habis belajar, insyaallah ak beli kat kau.
Ak tahu kau nak macam family kita yang lain, ada kereta ada umah besar, boleh pergi cuti sana-sini, le makan je apa yang dyowg nak, ak tahu kau nak semua tu. TAPI kita tak mampu, adik cukup la kita ada mak dengan ayah yang sentiasa berusaha untuk sediakan semua untuk kita. Mak gan ayah tak pernah abaikan kita.

Klu ak da duit nanti ak beli kat kau umah besar, kete besar gan kita pergi la cuti kat mana je, kita g Genting bawak mak gan ayah,  biar lah orang lain nak cakap ape pun yang penting kita bahagia. Mak gan ayah tak pernah lepas bagi kita duit walaupun kau tahu kan mak selalu tak de duit, tapi kita tak pernah tak dapat yang kita nak selalu je dapat walaupun lambat, emak dengan ayah selalu je sayang kita, walaupun mak selalu marah kau, mak sayang kau la,ak pun sayang kau, ayah walaupun diam tapi selalu cari kerja untuk kita, tak pernah berhenti kerja walaupun sakit mesti pergi kerja, sebab dy sayang kat kita, biar lah owg tak sayang gan mak gan ayah yang penting kita sayang dyowg sebab mak dengan ayah je yang kita ada, mak gan ayah je yang faham kita, semua owg tak akan faham kita.
ADIK, ak harap satu hari kau faham semua yang berlaku ini, ada sebab dan akibatnya, ak tahu kau seorang yang baik, ak tak kan percaya cakap owg yang kau owg yang tak berguna, kau selalu berguna bagi ak, kau la benda yang ak paling sayang dalam dunia ny selepas mak gan ayah, CUMA ak harap satu hari kau berubah ke arah kebaikan, kau jadi owg yang terbaik, kau jadi owg yang berguna, ak nak sangat tengok kau berjaya, sebelum ak tutup mata, ak akan cuba untuk jadimowg terbaik untuk kau , mak dengan ayah, sebab ak Cuma ada korang semua, ….  ;-)
               "sAYANG family " 

Saturday, April 23, 2011

seLAMAT TINGGAL... ;-)

=Lama nya tak updated blog…  asgment,kuiz,program kena jalan tak sempat nak berBLOG… ;-)
=Nak hbs da kehidupan untuk sem4, sangat mencabar sebenarnya sem ny..tekanan perasaan,asgment dan semua sekali la…
=Tapi ak paling tak suka sem ny habis sebab klu boleh nak je bergelar student sem4 sampai bila-bila. =Berakhir sem4 maka berakhirlah harapan ak sebenarnya, kisah lalu sudah berpenghujung. Kenangan selalu dalam hati ingatan, harapan sudah habis sampai ke penghujung jalan, tiada apa yang harus di kenangkan semua berakhir sebagai kenang walaupun pahit tapi cukup bermakna.
=Mengajar erti kesabaran yang tinggi, mengajar erti “penantian itu satu penyeksaan “, mengajar erti lebih dekat kepada Maha Pencipta, serta mengajar erti kehidupan sebenar.
=Walauapapun kenangan yang indah pasti akan dikenang sehingga akhir hayat. Semoga kejayaan milik saudara, jodoh yang baik milik saudara,keredhaan juga milik saudara. Doa ku sentiasa bersamamu.
=Andai satu hari kita bertemu semoga kita dalam keadaan yang berbeza dengan kejayaan yang berbeza,andai kau mampu membaca hati seorang yang bergelar wanita pasti kau mengerti
=Cari lah kejayaan yang kau inginkan, ak pasti akan mendoakanmu, dan ak akan sentiasa memaafkanmu. Segaya kebaikan sentiasa dilimpahkan kepadamu. 

Saturday, February 5, 2011

 

                            DOA BUAT TEMAN-TEMANKU

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,                                                           

Sunday, January 23, 2011

NiLaI seBUAh HaTi ;-)  bhgiAN 1

C.I.N.T.A lima huruf satu perkataan yang cukup simple,tapi tiada siapa mampu menghuraikan dengan tepat. Cinta kadang-kadang  memotivasikan kadang-kadang mematikan. Cinta juga banyak mengajar, agar kita lebih dekat kepada PENCIPTA, lebih berhargai orang lain, mengetahui hal sebenar kehidupan dan banyak memotivasikan diri seseorang.


Cinta cukup berharga, mengajar  erti kehidupan sebenar serta membuka mata dan hati untuk melihat realiti kehidupan sebenar. Dimana pertama, manusia tidak pernah puas dalam mencari yang terbaik walaupun kadang-kadang apa yang terbaik itu berada di depan mata. Alasan yang di berikan “mencari yang terbaik” Lumrah manusia yang hidup inginkan terbaik hal ini tidak dapat di nafikan tetapi sedarkah untuk mencari terbaik, hendaklah perbaiki dulu diri sendiri. 


Ini tidak diri sendiri pun bukan pencinta yang setia mengharapkan pasangan setia pulak. “ Jadilah seperti saidina Abu Bakar sekiranya inginkan seperti Saidatina Aisyah” pepatah ini boleh dijadikan petunjuk untuk kehidupan, sekiranya kau inginkan yang baik perbaiki dulu dirimu nescaya yang terbaik milik mu. Cinta mengajar erti kesabaran yang besar, memperbaiki diri. Seperti kata orang-orang tua “ penantian satu penyeksaan”  menanti orang yang kita cintai amat menyeksakan namun hasil yang diperolehi pasti akan lebih di hargai.


Kadang-kadang cinta mampu mematangkan kita,kerana cinta kita berfikir kekurangan dan kelebihan. Mungkin selama ini kita tidak menyedari kekurangan yang kita miliki. Namun setelah kita bercinta  kita dapat mengetahui kekurangan, dan juga mungkin selama ini kita tidak mengetahui apakah kelebihan kita tetapi dengan bercinta kita dapat mengetahui kelebihan kita.Sesungguhnya cinta itu anugerah TUHAN yang paling berharga untuk umatnya, fitrah manusia ingin di cintai dan mencintai tetapi hendaklah berlandaskan islam, kerana cinta yang kekal abadi adalah cinta kepada ALLAH maha pencinta.


Cinta kadang-kadang mengubah seseorang menjadi bukan diri sendiri. Melihat orang yang kita cintai bahagia sudah mencukupi, mungkin takdir tidak mengebelahi kita, mungkin kekecewaan di berikan untuk memberi jalan kepada kebahagiaan, mungkin selepas kepahitan adanya kemanisan. Kerana manusia hanya mampu merancang sesungguhnya yang menentukan ALLAH s.w.t. Tetapi kadang-kadang manusia salah menilai erti cinta, kadang-kadang teruja kadang-kadang terlalu mengabaikan. Seperti kata seorang sahabat “ TUHAN selalu menemukan kita dengan orang yang salah untuk menguji kita”.

Sesuatu yang baik hanya akan diperolehi setelah berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya nikmat yang diperolehi amat berharga. Pertama TUHAN pasti menguji hambanya,sama ada dengan cara memberi kesenangan kepada hambanya terlebih dahulu untuk menguji sejauh mana kekuatan kita dan pada akhirnya kita akan diberi nikmat yang tidak ternilai, dan kedua TUHAN akan memberi kesusahan kepada hambanya untuk diuji supaya hambanya tidak lupa dan akhirnya kesenangan akan diberikan. Maka sekiranya TUHAN memberi “cinta “ kepada kita hargai lah dengan sebaik-baiknya kerana peluang hanya akan datang sekali.