Tuesday, August 2, 2011

                                   TAYAR KEHIDUPAN


Sewaktu ak tulis entry ny semua umat islam seluruh dunia sedang berpuasa, 2 RAMADHAN 1432 HIJRAH bersamaan 02 OGOS 2011 dan jatuh pada hari SELASA, bulan Ramadhan bulan yang sangat di nantikan oleh umat Islam untuk terus mencari keredhaan Allah, dengan memperbanyakkan ibadah agar hidup sentiasa di redhai dunia dan akhirat.

 Bulan ini juga adalah bulan yang membezakan umat Islam bersama dengan umat lain kerana Allah telah menjanjikan seribu kebaikan pada bulan tersebut, Namun, apa yang ak ingin saya tulis pada kali ini adalah bukan berkenaan bulan RAMADHAN kerana saya tahu saya bukan orang yang arif dalam membahaskan soal kebaikan bulan-bulan yang di tetap kan dalam Islam, tapi apa yang saya ingin beri sedikit pendapat adalah berkenan “ PENGHORMATAN “.

 Hormat bagi saya adalah gambaran awal tentang seseorang apabila berkomunikasi, semakin baik cara seseorang menghormati orang sekeliling semakin tinggi martabat seseorang. Oleh itu, belajar menghormati orang lain sebelum kita ingin di hormati oleh orang lain.

  Di sini saya ingin mengajak saudara bahawa sebagai seorang Islam sepatutnya menunjukkan sikap yang baik agar orang bukan Islam sentiasa menghormati umat Islam yang lain, di sini saya ingin memberi contoh pada bulan Ramadhan apabila terdapat segelintir umat Islam yang tidak berpuasa dengan sengaja makan dan minum bersama dengan orang yang tidak berpuasa,

  Semua orang tahu bahawa setiap umat Islam wajib berpuasa namun masih terdapat segelintir umat Islam tidak berpuasa, walaupun mungkin dia mempunyai alasan tertentu seperti sakit atau bekerja berat namun sekiranya dia menghormati kemuliaan bulan Ramadhan seharusnya dia tidak makan dan minum di hadapan orang ramai serta di hadapan umat bukan Islam.



 Tidak kah dia berasa malu dan segan akan tanggapan orang lain dan paling utama tidak kah dia malu bila berhadapan dengan Allah pada akhirat kelak, kerana semua orang bukan Islam mengetahui bahawa setiap orang Islam pada bulan puasa harus berpuasa dan konsep berpuasa adalah menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari, namun mengapa masih ada umat Islam tidak berpuasa jadi mereka keliru dengan agama Islam. Jika umat Islam sendiri  tidak menghormati bulan mulia bagaimana orang bukan Islam mau menghormatinya.

Hari nie juga ak di soal oleh seorang hamba Allah  “ kenapa anda bertudung, tidak panas kah dengan cuaca terik berselimut bagaikan duduk di UK saja”.  Saya sebagai hamba Allah hanya mampu menjawab sesuai dengan pengetahuan agama saya yang begitu cetek “ saya wajib menutup aurat wahai sahabat kerana wajib bagi seorang Islam untuk menutup aurat kerana aurat ku sebahagian dari dosa sekiranya saya tidak menutupnya, dan saya lebih takut akan panas teriknya api neraka dari panas sementara dunia”  dan dia menyoal semula “ kenapa masih ada yang tidak menutupnya”,  ak menjawab semula “Allah mewajibkan umatnya menutup aurat, dan bagi sesiapa yang melanggar hukum Allah maka dia akan menerima pembalasan pada akhirat kelak dan saya tidak ingin bersama mereka dan Allah telah memberitahu kepada mereka dan saya rasa mereka juga mengetahuinya maka bergantung kepada mereka untuk mengikut ataupun tidak kerana Allah itu maha Adil kepada setiap umatnya” dan saya mengakhiri jawapan saya dengan menyuruh hamba Allah ini untuk bertanya lebih lanjut kepada orang yang lebih arif.

Dan pada hari kedua pula saya menghadiri satu program bersama seorang hamba Allah,dan kebetulan penceramah yang di jemput tidak memakai tudung, dan di satu slot beliau bercerita tentang betapa dy bangga dengan memeluk agama Islam, lalu hamba Allah ini bertanya kepada saya “ dy bijak tapi mengapa dy tidak menutup auratnya seperti kamu”, lalu ak hanya mampu tersenyum dan menjawab       “ mungkin dy belum mendapat hidayah, doa kan dy semoga dy mendapat hidayah” namun dalam hati saya orang di hadapan kami semua ini mungkin saja dy tergolong dari golongan Istidraj, namun saya juga tidak pasti dan saya hanya mampu terdiam dan senyum.


 Di sini juga kelemahan saya apabila saya sebagai umat Islam gagal memberi penerangan yang lebih jelas tentang persoalan yang sering mengelirukan tentang agama Islam, saya tidak mampu untuk menjawab kerana saya sendiri bukan dari golongan yang bijak pandai tentang agama Islam, namun asas kepada insyaallah saya masih di tahap yang memuaskan, saya boleh berbahasa Mandarin dalam 30% namun saya tidak mampu untuk mempelajari bahasa Akhirat iaitu Bahasa Arab dan hanya mampu menyebut beberapa perkataan seperti budak tadika, saya ingin belajar namun di mana harus saya mencari,saya telah mencari kelas Bahasa Arab namun apa yang di maklumkan kelas tidak dibuka kerana tidak mendapat sambutan. Namun,saya redha hanya Allah yang tahu betapa saya ingin mempelajari. Walaupun kakak saya mahir berbahasa Arab, abang Ipar saya juga pandai, namun saya  yang tidak mahu belajar kerana mereka agak sibuk.

 Tuntutan untuk mencari kebahagian dunia lebih mendapat sambutan berbanding mencari kebahagian dunia, manusia lebih rela melanggar hukum Allah untuk memenuhi keinginan berbanding takut kan azab Allah kelak, manusia lebih berfikiran liberal berbanding berfikiran rasional pada masa kini, yang menjadi matlamat adalah hasil yang boleh di bangga kan untuk menunjukkan kekuasaan. Bagi saya budaya Timur yang digunakan oleh masyarakat kita harus dikekalkan tidak kira apa pun halangan pasti kita mampu untuk selesaikan, namun pada masa kini ukuran menggunakan budaya barat sentiasa menjadi pilihan, oleh itu berlaku kekeliruan, kita boleh menerima budaya barat tapi harus di padan kan dengan budaya kita agar kita tidak tersasar dari landasan yang sebenar. Berpegang lah dengan nilai-nilai ketimuran yang tinggi dalam apa jua yang ingin dilakukan pasti kejayaan pada akhirnya.

Baru-baru ini kemasukan pelajar baru ke IPTA telah di umumkan dan nisbah pelajar perempuan masih tinggi berbanding lelaki, bagi saya implikasi baik dan buruk dapat dilihat pada jangka masa panjang. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap kejadian di muka bumi pasti saling melengkapi antara satu sama lain, seperti lelaki dan perempuan, kiri dan kanan, belakang dan depan dan sebagainya sudah di tetap kan oleh Allah. Seperti kita ketahui bahawa kaum hawa adalah dijadikan dari tulang rusuk Adam, dan mempunyai tanggung jawab yang berbeza namun mempunyai martabat yang sama di sisi Allah.

 Lambakan Hawa di IPTA bagi saya akan memberi kesan kepada struktur kekeluargaan apabila kebanyakan kaum Hawa sudah keluar dari skop sebenar tugas mereka iaitu menjaga keluarga kerana cermin seorang anak adalah kepada ibu nya, cantik ilmu ibunya cantik juga lah ilmu anaknya, maka tugas menjaga anak-anak akan jatuh kepada pembantu rumah atau pun pusat jagaan kanak-kanak yang tidak di ketahui apakah yang di ajar kepada mereka ketika berada di sana. Hal ini di dorong kerana kaum Hawa sibuk di luar rumah kerana mereka berpendidikan, dan tidak ingin mensia-siakan ilmu yang di perolehinya. Didikan anak-anak yang baik haruslah bermula dari keluarga sang Hawa kerana mereka lebih dekat dengan ibu mereka.

 Kekeliruan tanggung jawab juga akan berlaku apabila seorang lelaki mempunyai pendapatan yang lebih rendah berbanding perempuan dan secara tidak langsung segala beban kewangan di tanggung oleh perempuan,di mana sepatutnya suami wajib memberi nafkah kepada isteri, walau apa cara sekali pun tanggung jawab harus di laksanakan.

Banyak pemimpin akan lahir dalam kalangan wanita, seperti terbaru Yingluck Sinawatra perdana menteri Thailand yang baru di lantik yang akan menerajui kepimpinan Thailand. Hal ini amat menunjukkan kebanggaan kepada wanita apabila wanita mampu berdiri setanding dengan lelaki untuk menerajui negara yang besar. Namun, dalam Islam telah di tetap kan bahawa seboleh-bolehnya pemimpin itu harus lelaki kerana beberapa faktor antaranya lelaki lebih rasional dalam membuat keputusan dan tidak di halang oleh mana-mana faktor seperti wanita yang mengalami gangguan emosi yang tidak stabil semasa kedatangan haid dan cenderung untuk membuat keputusan yang mengikut emosi dalam sesuatu hal, dan wanita lebih cenderung kepada mempunyai kasih sayang yang tinggi dan kesopanan yang sangat tertib, oleh hal itu wanita lebih sesuai untuk mengajar anak-anak kerana mereka mempunyai rasa kasih sayang yang tinggi berbanding lelaki.




 Namun dalam hal kehidupan, manusia hendaklah sentiasa berfikiran rasional dan sentiasa sedar akan tanggung jawab dan sentiasa mengkaji kelemahan dan kekurangan sesuatu benda dan akhirnya menyerahkan kembali kepada Allah. Sekiranya kita tidak berpuasa atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan elok lah sekiranya makan dan minum pada tempat yang tidak di lihat oleh orang ramai kerana anda adalah cermin umat Islam kerana anda adalah khalifah yang di kirim oleh Allah untuk melaksana kan suruhannya dan janganlah rosakkan kemuliaan itu hanya dengan kelakuan yang dapat di elakkan dan takut lah pada azab Allah.

Anda tidak bertudung jangan lah anda melakukan sesuatu yang mensia-siakan diri sendiri kerana anda adalah umat yang bertuah kerana Allah telah memberi garis panduan untuk melarang orang lain melihat sesuatu yang bukan hak mereka, dan jangan sombong akan keindahan di wajah anda yang di berikan oleh Allah, sesungguhnya nikmat Allah adalah untuk di syukuri.

Tidak kira wanita dan lelaki yang mempunyai pelajaran tinggi yang penting setiap manusia harus sentiasa mencari ilmu dan gunakan ilmu tersebut kerah kebaikan kerana ilmu yang bermanfaat sahaja akan memberi kebahagian pada akhirat kelak, tidak perlu timbul isu kekeliruan tanggung jawab sekiranya masing-masing sentiasa mempersiapkan diri dengan agama yang cukup serta mampu berfikiran matang dan sentiasa berfikir akan dosa yang bakal di terima sekiranya melanggar hukum Allah .

P/s; Idea di atas tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan sebarang kesalahan di harap kan teguran yang amat membina, kerana saya ingin sentiasa menjadi manusia yang mahu memperbaiki kelemahan diri.  ;-)