Sunday, January 23, 2011

NiLaI seBUAh HaTi ;-)  bhgiAN 1

C.I.N.T.A lima huruf satu perkataan yang cukup simple,tapi tiada siapa mampu menghuraikan dengan tepat. Cinta kadang-kadang  memotivasikan kadang-kadang mematikan. Cinta juga banyak mengajar, agar kita lebih dekat kepada PENCIPTA, lebih berhargai orang lain, mengetahui hal sebenar kehidupan dan banyak memotivasikan diri seseorang.


Cinta cukup berharga, mengajar  erti kehidupan sebenar serta membuka mata dan hati untuk melihat realiti kehidupan sebenar. Dimana pertama, manusia tidak pernah puas dalam mencari yang terbaik walaupun kadang-kadang apa yang terbaik itu berada di depan mata. Alasan yang di berikan “mencari yang terbaik” Lumrah manusia yang hidup inginkan terbaik hal ini tidak dapat di nafikan tetapi sedarkah untuk mencari terbaik, hendaklah perbaiki dulu diri sendiri. 


Ini tidak diri sendiri pun bukan pencinta yang setia mengharapkan pasangan setia pulak. “ Jadilah seperti saidina Abu Bakar sekiranya inginkan seperti Saidatina Aisyah” pepatah ini boleh dijadikan petunjuk untuk kehidupan, sekiranya kau inginkan yang baik perbaiki dulu dirimu nescaya yang terbaik milik mu. Cinta mengajar erti kesabaran yang besar, memperbaiki diri. Seperti kata orang-orang tua “ penantian satu penyeksaan”  menanti orang yang kita cintai amat menyeksakan namun hasil yang diperolehi pasti akan lebih di hargai.


Kadang-kadang cinta mampu mematangkan kita,kerana cinta kita berfikir kekurangan dan kelebihan. Mungkin selama ini kita tidak menyedari kekurangan yang kita miliki. Namun setelah kita bercinta  kita dapat mengetahui kekurangan, dan juga mungkin selama ini kita tidak mengetahui apakah kelebihan kita tetapi dengan bercinta kita dapat mengetahui kelebihan kita.Sesungguhnya cinta itu anugerah TUHAN yang paling berharga untuk umatnya, fitrah manusia ingin di cintai dan mencintai tetapi hendaklah berlandaskan islam, kerana cinta yang kekal abadi adalah cinta kepada ALLAH maha pencinta.


Cinta kadang-kadang mengubah seseorang menjadi bukan diri sendiri. Melihat orang yang kita cintai bahagia sudah mencukupi, mungkin takdir tidak mengebelahi kita, mungkin kekecewaan di berikan untuk memberi jalan kepada kebahagiaan, mungkin selepas kepahitan adanya kemanisan. Kerana manusia hanya mampu merancang sesungguhnya yang menentukan ALLAH s.w.t. Tetapi kadang-kadang manusia salah menilai erti cinta, kadang-kadang teruja kadang-kadang terlalu mengabaikan. Seperti kata seorang sahabat “ TUHAN selalu menemukan kita dengan orang yang salah untuk menguji kita”.

Sesuatu yang baik hanya akan diperolehi setelah berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya nikmat yang diperolehi amat berharga. Pertama TUHAN pasti menguji hambanya,sama ada dengan cara memberi kesenangan kepada hambanya terlebih dahulu untuk menguji sejauh mana kekuatan kita dan pada akhirnya kita akan diberi nikmat yang tidak ternilai, dan kedua TUHAN akan memberi kesusahan kepada hambanya untuk diuji supaya hambanya tidak lupa dan akhirnya kesenangan akan diberikan. Maka sekiranya TUHAN memberi “cinta “ kepada kita hargai lah dengan sebaik-baiknya kerana peluang hanya akan datang sekali.